Beat Blast Kuala Lumpur @ #KLLGF 2015

0
6

KUALA LUMPUR Lake Garden Festival 2015 (KLLGF 2015) berlangsung bermula hari ini (22 Ogos 2015) sehingga esok (23 Ogos 2015) di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

IMG_5422-1.jpg-c

Festival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menghimpunkan pelbagai aktiviti, jenama tempatan, makanan, hiburan dan riadah. Beat Blast (KL) turut terlibat secara rasmi pada KLLGF tahun ini.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah belon udara panas, pameran dan demonstrasi pengakap, wall climbing, bazar seni, food truck, persembahan artis dan banyak lagi.

IMG_5431-1.jpg-c

Di bawah Beat Blast, sebanyak 80 gerai (booth) dibuka sepanjang dua hari bermula pukul 9 pagi hingga 8 malam. Terdapat empat khemah didirikan dengan pembahagian khemah A & B dikhusukan untuk jenama (fesyen) tempatan, khemah C untuk barangan vintaj dan DIY yang mengutamakan kerja tangan pengusaha tempatan. Tidak ketinggalan gerai gunting rambut dan pomade lokal.

“Esok kita akan menjalankan barber battle yang menyaksikan empat penggaya rambut beraksi secara langsung bagi merebut hadiah berupa wang tunai dan piala.

“Hari ini juga pada pukul 4 petang, Zahid (AF2) akan membuat persembahan manakala Ameer (Forteen) and The Band akan menyusul esok. Pengunjung juga berpeluang beramah mesra dan menyertai permainan interaktif bersama maskot Mamee Fun Run sepanjang dua hari ini,” jelas pengasas Beat Blast, Firdaus Ikhwan ketika ditemui Pepatung di KLLGF 2015 hari ini.

IMG_5438-1.jpg-c

Jadi tunggu apa lagi? Datang segera ke KLLGF 2015 dan kunjungi gerai-gerai popular dan menarik seperti Neonate Clothing, Pinopanda, Dokoh, Furby & Sugar, Talitangan, Kerastangan, Shino’s Barber Shop, Royale Barbershop, OMG Kuala Lumpur dan Botol Beng.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini