Buletin

Aplikasi selfie B612 catat 100 juta muat turun

By  | 

LINE Corporation mengumumkan bahawa aplikasi kamera selfie B612 yang boleh didapati secara percuma di platform iPhone, Android dan Windows Phone berjaya mencatatkan 100 juta muat turun di seluruh dunia pada 9 Oktober lalu.

B612_100mil.jpg-cFOTO: LINE

B612 merupakan aplikasi kamera selfie yang direka khas bagi membolehkan pengguna mengubah suai gambar mereka menggunakan pelbagai jenis penapis foto dan kesan khas.

Aplikasi yang mengoptimumkan fungsi selfie itu dilengkapi dengan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi kamera lain termasuklah pilihan untuk mengaktifkan kamera pandang hadapan secara automatik apabila pengguna menghidupkan aplikasi berkenaan. Ia juga didatangkan dengan keupayaan menukar 89 jenis penapis foto yang disediakan dengan hanya menyentuh skrin.

B612 mengalami pertumbuhan memberangsangkan seiring dengan peluasan ‘budaya selfie‘ di seluruh dunia. Pada 23 Mei lalu, ia telah mencatatkan 50 juta muat turun di seluruh dunia.

Pada Ogos lalu, B612 berjaya menggondol anugerah Best of the Best bagi kategori Reka Bentuk Komunikasi 2015, satu penghormatan tertinggi yang dianugerahkan oleh Red Dot. Pada masa sama, aplikasi tersebut turut menduduki tempat pertama di dalam Google Play bagi kategori fotografi di 21 negara dan di 35 negara di dalam App Store.

B612-LINE-Camera-Selfie-App.jpg-cFOTO: VULCANPOST

B612 terus memacu inovasi baharu dengan adanya ciri seperti ‘selfie party in a box‘ yang membolehkan rakan-rakan yang berada di lokasi berbeza membuat sebuah kolaj video selfie bersama. Ia turut memiliki pilihan untuk mengubah suai mana-mana gambar yang tidak diambil menggunakan aplikasi B612.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan itu mendorong kepada pertumbuhan pengguna di negara-negara di Eropah Timur termasuklah Belarus, Romania dan Ukraine yang menyumbang kepada peningkatan angka sehingga 100 juta pengguna dan mencecah 50 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

B612 akan sentiasa berusaha menambah penapis foto baharu dan mengoptimumkan ciri-ciri selfie bagi memberikan pengalaman selfie terbaik di samping meningkatkan komunikasi antara penggunanya.

Ringkasan Aplikasi
Nama aplikasi: B612
Peranti: Android, iPhone, Windows Phone
Bahasa: Cina (dipermudah dan tradisional), Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Portugis, Sepanyol, Thailand, Turki dan Vietnam
Rantau: Global
Servis bermula: 9 Oktober 2014 (Android), 13 Ogos 2014 (iPhone), 23 Julai 2015 (Windows Phone)
Harga: Percuma
Operator: LINE Corporation
Pautan muat turun: App Store / Google Play  / Windows Phone

Info LINE:
Laman web: PCMobile
Rakan kongsi: LINE Partner
Facebook: LINE Malaysia
Blog: LINE official blog
YouTube: LINE Global

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *