Anugerah Koleksi Sakura Pelajar 2015 Pavilion KL

0
5

TAHUN ini, pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sekali lagi akan menghimpunkan bakat-bakat kreatif individu bergelar pelajar untuk diketengahkan dalam acara tahunannya.

Penganjuran Anugerah Koleksi Sakura Pelajar 2015 (Sakura Collection Student Awards 2015) keempat yang akan berlangsung di Tokyo Street, aras enam, Pavilion merupakan satu gerakan yang didedikasikan terhadap promosi kebudayaan, kesenian, sajian dan fesyen Jepun.

Pusingan akhir pertandingan melibatkan pertunjukan fesyen hasil rekaan pelajar-pelajar terpilih dijangka berlangsung pada September depan.

2-tokyo

Pemilihan Tokyo Street, Pavilion sebagai lokasi penganjuran acara itu sememangnya menepati objektif anugerah tersebut yang bertujuan menjadi jambatan budaya di antara Malaysia dan Jepun.

Anugerah tersebut juga tidak hanya dilancarkan di Malaysia, malah telah berjaya diperluaskan ke Thailand dan Vietnam serta akan disusuli Indonesia.

Pada tahun lalu, pertandingan tersebut menerima sebanyak 182 penyertaan. Hasil kemenangannya tahun lalu, Qamarina Abdullah dari Malaysia telah diterbangkan ke Jepun bagi menghadiri pertunjukan Anugerah Koleksi Sakura Asia (Sakura Collection Asia Awards).

3-tokyo

Pengumuman acara itu baru-baru ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Duta Besar Jepun ke Malaysia, Yoshinori Kodama, produser Sakura Collection, Noriko Tabata, Pengarah Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur, Kung Suan Ai dan Qamarina Abdullah.

Info Pavilion Kuala Lumpur:
Facebook: Pavilion Kuala Lumpur
Twitter: @Pavilion_KL
Instagram: @PavilionKualaLumpur

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini